Welcome message

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Saturday, April 7, 2012

Pahitnya jalan yang ku lalui




Aku dulu punya pengalaman sangat teruk malah aku tak mampu lupakan pengalaman-pengalaman hitam aku dulu, pengalaman hidup di zaman Jahiliyah. Namun aku bersyukur sekarang kerana Allah sudah bukakan jalan yang lurus seluas-luasnya untuk aku dan teman-temanku yang telah nampak jalan ini. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk tebus segala kesalahan aku kat dunia ni, aku masih diberi peluang oleh Allah untuk bersyukur atas segala rezeki yang sudah dikurniakan kepadaku. Semoga hidayah dan jalan yang aku sedang lalui ini dapat aku lalui sampai nyawa hilang dari jasad ini.

Aku memilih jalan ini bukan kerana jalan ini senang, bukan juga kerana jalan ini seronok, namun hakikatnya jalan yang nampak lurus ini penuh dengan liku-likunya yang tersendiri, penuh dengan tangisan dan penuh dengan kekecewaan. Namun pahitnya cuma di dunia tetapi Allah janjikan manisnya di Syurga malah ada yang Allah telah beri kemanisan itu di dunia lagi, betapa bertuahnya menjadi hambaNya yang bersyukur. Jalan-jalan yang aku tempuhi dulu penuh hasutan dunia- perempuan, harta, pangkat, akademik dan teman-teman sekepala. Kesemua perkara-perkara ini membawa aku hanyut terus menerus walaupun sebenarnya Allah telah mengetuk aku beberapa kali dengan beberapa tragedi, namun dek larut dengan hasutan dunia, larut dek kegembiraan berpesta bersama syaitan, dek kesenangan hidup di dunia yang penuh tipu nista aku terus larut bergembira bersama-sama syaitan durjana, namun hakikatnya hati penuh kegelisahan dan tiada ketenangan.

Namun, berbeza kini jalan yang ku lalui, tidak ku nafikan ku masih temukan- perempuan, harta, pangkat, akademik dan teman-teman sekepala, namun perempuan yang kutemui memberi ketenangan bagiku, memberi inspirasi kerana pakaian mereka pakaian ahli syurga, bicara mereka susah diminta, dan nasihat mereka sentiasa mengingatkan ku terus berada di jalan ini sampai ke destinasinya. Harta dan pangkat masih aku perolehi, namun harta yang ada digunakan untuk bersedekah, infak, dan urusan-urusan dakwah, ini membuatkan lebih keberkatan terjadi dalam hidupku dan benarlah kata Allah bahawa akan aku gandakan rezekinya orang-orang yang bersedekah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah kerana dulu aku lupa bersedekah, aku simpan duit banyak-banyak buat beli top up call awek, nak belanja awek, dapat duit nak beli HP baru, harta aku habis dengan tanpa perkara-perkara berfaedah, nauzubillah. Seterusnya pangkat juga masih aku perolehi, namun pangkat yang aku perolehi mengajar aku lebih merendah diri kerana pada seorang pemimpin itu banyak tanggungjawab dan andai tanggungjawab itu tidak dipenuhi dosa besar seorang pemimpin itu, kerana dulu aku punya pangkat kerana ingin jadi popular, ingin digilai ramai gadis-gadis, ingin memberitahu semua orang bahawa " I'm the best among the best " namun sekarang andai tanpa pangkat, tanpa nama akan aku perjuangkan medan dakwah ini seperti Panglima Khalid Al-Walid yang mana ketika dilucutkan jawatan sebagai panglima oleh Saidina Umar Al-Khattab masih mampu terus berjuang persis sama ketika beliau menjadi ketua panglima perang, maka ditanya oleh orang ramai, dan di jawab dengan penuh semangat bahawa beliau berperang bukan kerana khalifah atau ingin semata-mata disanjung namanya dalam sejarah tetapi adalah semata-mata kerana Allah S.W.T. Begitu juga yang aku mahukan dari sekarang, aku ingin berjuang berhabisan-habisan kerana Allah dan syahid di jalan ini. Dan seterusnya, dulu akademik yang sentiasa aku jaga walau apa pun posisi aku kerana untuk mengejar dunia perlukan akademik yang hebat dan juga supaya semua orang tahu bahawa aku ni hebat, namun sekarang akademik adalah satu cabang dakwah bagiku, dan aku ingin sekali menjadi alhi ilmu kerana musuh-musuh Islam takut dengan cendekiawan-cendekiawan Islam yang hebat dan masih mampu berada di jalan ini dan dulu aku punya teman-teman sekepala, hanya ketawa bersama dan hakikatnya sekarang teman-teman yang ku miliki lebih lembut, boleh ketawa bersama dan boleh menangis bersama dan yang terpenting teman yang ingin bersama denganku meniti haruman syurga dan mencari syahid.

Dulu ketika aku sayang semua orang yang aku kenal dan sayang perempuan-perempuan terutamanya kerana dunia ramai yang menjadi downline ku dan ramai yang bersedia bersama-sama denganku, namun ketika aku sayang mereka kerana Allah namun hilang semuanya sekali yang sisa hanyalah mereka yang dulu aku hina, yang dulu aku tak pandang, yang dulu perasaan mereka aku remehkan, kerana lebih kepada perempuan semata-mata, mereka inilah yang menjadi akar dan batang pokok bagi dahan yang rapuh seperti aku sekarang.

Hina sungguh diri aku ini yang hakikatnya penuh bergelumang dosa, penuh dengan titik-titik hitam. Adakalanya ketika di jalan ini aku rasa tidak mampu kerana teringat dosa-dosa silam yang menghantui namun ketika mengingat ibrah dari seorang khalifah bernama Saidina Umar Al-Khattab yang dari seorang samseng namun telah lembut hatinya dan telah larut dirinya dalam kenikmatan Islam aku menjadi semangat dan biarlah Allah yang tetntukan segala kekurangan aku, yang hanya perlu aku buat adalah terus dan terus berjuang di jalanNya sehingga darah menitis membawa roh ku keluar dari jasadnya, dan selagi keringat ini tidak kering selagi itulah akan aku terus di jalan ini.

Buat semua sahabat-sahabatku yang berada di jalan ini, jalan ini penuh kepahitan, penuh liku-liku, penuh cemuhan, malah jangan engkau merasa hairan ketika mana orang yang kau pernah sayang sepenuh hati akan lebih mencemuh kau dan menjadi musuh kau sekarang, namun ketahuilah jalan yang pahit di dunia pastinya manis di sana, semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa kamu di dunia. Dan jika dulu anda ada awek atau pakwe yang anda sayang sepenuh jiwa dan raga (chewah), yang anda pernah katakan "you la isteri / suami I dunia akhirat", yang pernah anda habiskan harta-harta anda padanya, dan yang penting hubungan anda dan dia terlarang di sisi Islam namun sekarang bersama-sama dengan anda sebagai yang halal di jalan ini, bergembiralah dan bergembiralah juga ketika yang mana ketika yang anda sayang sepenuh kiwa dan raga itu menolak anda ketika sayang anda kepadanya hanyalah semata-mata kerana Allah dan ingin berubah dari jahiliyah dan anda ingin bersamanya, namun anda ditolak, dihina, dimarah dan dibenci, maka bergembiralah anda juga kerana Allah sedang merancang memberi anda insan yang lebih baik yang mana lebih diberkati dan janganlah kita bersedih kerana ada kadang-kadang diantara kita sedih kerana awek / pakwenya yang disayang bertahun-tahun dan dah rancang ingin menikah namun putus ketika mana hatinya sudah terpaut di jalan ini merasa sedih yang melampau sampai kadang-kadang mengembalikan dirinya ke lembah yang hina semula, namun bertuahlah anda kerana jika mereka menjadi pasangan anda dan mereka tak paham sampai selepas menikah mungkin akan menyebabkan terjadinya keruntuhan rumah tangga dan bergembiralah dengan rancangan Allah kerana Allah tahu yang terbaik buat hambanya.

copy paste dari hati curahan hati seorang teman..=)

p/s : teruslah berada di jalan ini walaupun anda dah rasa cukup limit dengan hinaan, cacian, makian, marah..Kerana Allah maha tahu segalanya, dan Allah akan sentiasa menolong hambanya yang berada di jalanNya.

Wednesday, March 28, 2012

Aku adalah anak sulung

Hidup menjadi anak sulung kadang-kadang terasa diri kita menjadi anak tiri kepada mama dan abah kita kerana sering kita menafsirkan mereka lebih sayang kepada adik-adik kita yang lain.
Kadang-kadang kita bertanya kepada diri kita, kenapa dulu kalau aku buat salah sikit kena rotan samapai berbirat-birat, adik-adik buat salah pun Abang Long atau Kak Long yang disalahkan. Kadang-kadang kita bertambah sedih lagi bila tengok adik-adik senang je dapat macam-macam yang diorang nak, tapi anak sulung dulu susah nak dapat, sekarang pun susah gak.

Persoalannya, Adakah mama dan abah meng "anak tiri "kan anak sulung??Atau adakah sudah kurang kasih sayang mereka pada anak sulung??

Dulu inilah yang aku fikirkan, sampai satu masa aku pernah merajuk sampai tak nak makan sebab minta beg tapi mama dan abah tak belikan, namun sebenarnya salah tafsiran aku, meleset jauh, sebenarnya mama dan abah aku sayang kat anak sulung dia, cuma tidak menzahirkan kerana anak sulung dididik supaya lebih kuat dari adik-adiknya, didik menjadi pendidik adik-adiknya setelah abah dan mamanya, didik menjadi pelindung ketika abah dan mamanya tiada, itulah definisi yang sering anak sulung tidak tertafsirkan.

Maka berbahagialah anak sulung, lebih-lebih lagi andai kamu adalah Abang Long kerana kamu sebenarnya dididik sedekimian rupa untuk melatih kamu sebagai seorang pemimpin keluarga ketika abah dan mama tiada di rumah. Maka berbahagialah wahai anak sulung, kerana di sinilah medan pahala dan rahmat Allah diberi pada kamu kerana adik-adik akan mengikut gaya abang dan kak long nya, adik-adik akan memberi alasan abang atau kakak boleh takkan adik tak boleh? Dan disinilah kenapa anak sulung sering ditafsirkan sering tabah, sering berjiwa kepimpinan kerana abah dan mama kita telah siapkan diri kita ke arah itu.

Tanggungjawab sebagai anak sulung lebih berat terutama sebagai Abang Long tanpa dinafikan tugas Kak Long juga sama berat. Sebagai Abang Long anda adalah wali kepada adik-adik perempuan setelah abah kita. Anak sulung merupakan orang yang lebih memahami hidup remaja sekarang lebih dari ibu bapa dan menjadi perantara kepada adik-adik andai kadang-kadang adik-adik tak paham pemikiran mama dan abah dan anak sulung juga menjadi pelindung untuk adik-adik terutama bila adik-adik tak mampu memahamkan mama dan abah dan sesuatu kes, jadi bertuahlah anda andai anda menjadi anak sulung kerana anda sudah di "Trained" menjadi pemimpin tanpa anda ketahui.

Jadi, sebagai anak sulung anda harus menunjukkan sikap yang positif kepada adik-adik, jadikan diri anda contoh yang berguna buat adik-adik, kerana andai anda tersilap langkah adik-adik anda akan mencontohi anda dan adik-adik anda sering akan menggunakan kita sebagai alasan seperti "Abang boleh takkan adik tak boleh". Alasan ini sepatutnya kita harus tukar kepada motivasi kepada adik kita, contohnya, "Abang boleh dapat 10A tak kan adik tak boleh",,jadi adik kene berusaha macam abang..^_^..

p/s : Sebagai anak sulung janganlah kita merasa kecil hati dengan adik-adik kita, tapi jadikan anda sebagai pelindung, pembela, petunjuk kepada adik-adik kita yang sedang membesar kerana anak sulung sudah makan garam dulu dari adik-adik kita.Wallaualam..

Friday, December 2, 2011

Jumaat pertama dalam umur baru..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, 021211, hari Jumaat bersamaan 6 Muharram 1433H bermulalah episod umur baru, masih muda, baru 23 tahun dan ini merupakan Jumaat pertama dalam umur 23 tahun dan juga Jumaat pertama dalam 1433H. Sungguh, sebenarnya aku sedih, dek demam pada umur baru ku dan juga sedih dek sedikit sangat sumbangan aku dalam Islam, tak layak langsung kalau aku kira-kira nak cium bau syurga Allah apa lagi nak masuk. Sebenarnya diumur baru ini, aku masih lemah tak dapat rasakan apa-apa walaupun begitu banyak ucapan-ucapan " Hepi bday", Selamat Ulang Tahun, selamat hari tua, namun tak satu pun aku dapat rasakan kegembiraan yang dapat menenangkan aku sehinggalah solat Jumaat yang pertama di umur baru dan di tahun baru. Inilah hadiah utama dan terbaik yang pernah aku dapat, terima kasih Ya Allah.

Jumaat pertama memberi aku harapan dan motivasi agar terus berusaha mencari cinta Allah kerana kasih sayang Allah lebih tinggi dari kemurkaanNYA. Walau begitu banyak kesalahan anda pada Allah maka bertauatlah selagi kita masih mampu bertaubat dan bila pintu nazak dah sampai di tenggorokan maka tak lagi taubat kita di terima Allah atau taubat di akhir-akhir nyawa tidak diterima seperti Firaun yang telah berkata "Wai'tiqad Ya Rabbi Musa wa Harun", namun tidak diterima oleh Allah. Begitulah kasih sayangNYA Allah masih memberi ruang untuk hambanya mengaku kesalahan walaupun berulang kali dosa yang sama kita lakukan, namun percayalah sebesar mana dosa kita, Insya'Allah pintu taubat sentiasa ada. Tatkala orang tidur mendengar khutbah hati aku menangis penuh kehinaan di umur baruku, betapa kerdilnya aku, betapa hinanya aku.

Hari ini kita masih mampu bergelak ketawa namun aku masih diberi Allah bonus untuk terus hidup dan yang paling penting diberi bonus oleh Allah untuk terus memperbaiki diri dan terus berjalan gagah di jalanNYA, kerana 23 tahun aku berjalan, berlari,merangkak tanpa sedikit pun yang Allah tak tahu perbuatan aku sebenarnya dah 58765 kali kubur telah memanggil aku datang masuk ke dalamnya, namun rahmat Allah kata belum sampai masanya dan aku masih ada masa walau sedetik untuk terus bertaubat dan berjalan di atas jalanNYA.

Kisah di umur baru yang begitu memotivasikanku adalah, satu kisah di zaman Rasulullah dulu, ada seorang tua yang sedang nazak dan diperhatikan oleh anak-anak beliau bahawa ketika nazak ayahandanya menyebut tiga perkara sebelum menghembuskan nafasnya iaitu ; 1- Kalaulah JAUH, 2- Kalaulah BARU, 3- Kalaulah BANYAK, maka setelah selesai pengebumian ayahandanya sang anak segere bertemu Rasulullah unutk bertanya tentang hal ini. Maka dengan bantuan Jibril maka Rasulullah pun jawabla, wahai pemuda ketika nazaknya ayahanda kamu maka beliau telah diperlihatkan oleh Allah dengan pahala-pahala yang arwah buat sewaktu hayatnya, yang pertama- Rumah arwah dengan masjid sangat dekat sehingga arwah tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid dan berjalan kaki ke masjid dan ALLAH telah menunjukkan pahala jalan kaki beliau ke masjid dan sebab itu beliau berkata kalaulah JAUH kerana andai masjid jauh dari rumah beliau maka mungkin akan lagi banyak pahala yang dia akan dapatkan, kedua- Arwah semasa hayatnya pernah memberi beberapa helai pakaian second hand kepada orang-prang miskin dengan tujuan membantu dan Allah telah menunjukkan pahala sedekahnya itu dan itulah yang arwah cakap kalaulah BARU bermaksud andai pakaian baru yang disedekahkan, ketiga- Arwah semasa hayatnya pernah menderma sedikit wang kepada masyarakat untuk membantu dan Allah telah perlihatkan pahala derma yang sedikit itu, dan itu lah yang arwah cakap kalaulah BANYAK yang didermakan. Maka ayuhlah kita ambil ikhtibar dari cerita ini supaya walau sedikit tetapi ikhlas kerana Allah akan Allah kira amalan kita itu, namun walau sedikit tapi kita tak mampu untuk memberi dan berjalan atas jalan Allah jangan lah di saat kita nazak Allah perlihatkan segala dosa kita dan kita berkata ketika nazak KALAULAH ADA MASA. Kalaulah ada masa lagi ingin aku kembali kedunia bertaubat, mencari redha Allah dan terus berjalan gagah atas jalanNYA, namun ketika itu sudah terlambat.

p/s : Bertaubatlah ketika Allah masih beri bonus untuk bernafas kerana Allah dah tarik nikmat kita sikit-sikit dengan menambahkan usia kita di dunia.Semoga bermanfaat.

Wednesday, November 23, 2011

Sepuluh perkara yang wanita akan dimuliakan suaminya

DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.”

Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.

"Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.”

Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”

Penulis ialah doktor perubatan persendirian dan AJK JIM Pusat

serta boleh dihubungi melalui wanitajim0@yahoo.com

Semua lelaki berharap agar punya isteri sebegini, namun lelaki juga perlu mempunyai sifat yang dapat mempermudah isterinya jadi begini, jangan mendera batin isteri sampai isteri tak mampu dan terdapat keterpaksaan dalam kehidupannya.

Thursday, November 17, 2011

Decrease Quality of life



Mulakan hari dengan Solat Subuh berjemaah dan lanjutkan dengan Solat Sunnat Dhuha dan Al-Mathurat sebelum kita berangkat keluar mencari ilmu, mencari rezeki agar rezeki yang datang sentiasa berkah dan mendapat dihitung sebagai saham akhirat. Insya'Allah dalam sakit fizikal sekalipun aku masih ingin berjuang menulis sedikit pesanan buat diriku dan buat jiran-jiranku di Syurga nanti walau sedikit yang baca tulisan ini namun biarlah tinta ini berbekas dihati dan menjadikan kita insan yang terus mendambakan cintaNya.

Dalam kekurangan "Quality of life" dek sakit mata (Alergic Conjuctivitis ), namun masih bersyukur diberi nikmat mampu beribadat walau ketika sakit, Allah memberikan rukhsah kepada hamba-hambanya yang sakit supaya iadah dipermudah, namun aku memilih jalan agar terus menyusahkan diri walau ketika sakit kerana sosok Muhammad S.A.W adalah seorang sosok yang sanggup bersusah payah demi kegemilangan Islam, sebagai contoh hijrah baginda, baginda sanggup berjalan kaki, melalui gunung ganang dan tanah curam semata-mata ingin berhijrah ke Yathrib walaupun sebenarnya andai baginda berdoa agar dihantar terus ke Yathrib pun akan didengar oleh Allah, namun baginda memilih kesukaran agar umat Islam terus kuat dan tabah dalam memperjuangkan Islam supaya musuh-mush Islam gentar dengan kita, dan tidak menjadikan point menyerang hendap kita ketika kita sedang lemah atau sakit.

Kisah dimana seorang 'Atha Bin Abi Rabah yang mempunyai enam cacat di tubuhnya iaitu ; 1-Kulitnya hitam legam, 2-Matanya buta sebelah, 3-hidungnya sangat hodoh (pesek), 4-Kakinya semacam lumpuh, 5-Akhir hayatnya menjadi buta 6-Kakinya pincang. Namun 'Atha Bin Abi Rabah adalah salah seorang pemberi fatwa di Masjidil Haram pada tahun sekitar 97H, beliau adalah seorang Ulama' yang tekun mencari ilmu walau punya enam kecacatan dan pewaris ilmu sahabat Nabi iaitu Ibnu Abbas samapaikan seorang raja merendah diri belajar dengan 'Atha Bin Abi Rabah ini dan lantas menasihatkan dua puteranya dengan nasihat yang cukup bermakna tentang sosok 'Atha Bin Abi rabah ini, nasihatnya berupa ; "Dalamilah ilmu agama, sebab dengan ilmu agama seseorang yang rendah dipandang mulia, seseorang yang lalai menjadi tersedar dan para hamba melampaui kedudukan para raja", begitulah serba sedikit tentang 'Atha Bin Abi Rabah.

Jadi, disinilah aku tersedar dari lalai, aku baru kurang sikit "Quality of life",masih mampu dan tiada cacat walaupun sedikit, jadi mengapa aku ingin berehat seketika, berehatlah dengan sentiasa memuji Allah dan berehatlah dalam majlis-majlis ilmu atau dalam mencari ilmu kerana di situ diri kita akan lebih kuat menempuh onak duri dalam perjalanan mencapai "legacy" yang kita harap-harapkan. Kalau sakit sikit kita sudah mengeluh nescaya syaitan akan bergembira dan berpesta, namun andai dengan kesakitan menjadikan kita lebih bersemangat terus, syaitan akan murung sepanjang masa.

Semoga anda semua terus berada di bawah lembanyung rahmat Allah..amin..=)..

Wednesday, November 2, 2011

Musibah itu satu nikmat



Di keheningan malam ini aku sedang berada dalam mood kesedihan. Tak tahu aku nak mula dari mana, tak tahu aku nak cerita macam mana, apa yang aku tahu, aku tak tahu nak buang segala keperitan dalam hati aku ni kat mana, ada tak sapa-sapa sudi nak pinjamkan aku telinga dan hati korang untuk dengar dan terus memotivasikan aku kembali agar aku bisa setenang selalu. Detik yang penuh dugaan dan cabaran, detik yang penuh dengan liku-liku percubaan, apa yang aku harapkan adalah agar aku dapat tempuhi dengan kekuatan agar iman aku terus "yazid", dan agar cinta aku kepada Sang Khaliq terus menyala, andai diri yang hina ini bisa mendapat cintaMu Ya Rabb.

Pelbagai masalah ku lalui, rupanya mudah memberi solusi kepada teman tetapi susah untuk menggunakan solusi itu kepada diri sendiri, dan akhirnya hati ku terus larut dengan kesedihanku, andai dapat ku undur masa, ingin ku ambil hidayah yang pernah aku kecapi dulu dan tidak akan ku buang kembali, tapi aku bersyukur kepada Allah, Allah masih sayangkan aku, masih Allah beri aku hidayah untuk kali kedua dan takkan aku sia-siakan kembali peluang ini.

Ketenangan demi ketenangan ku cari, tanpa rasa putus asa aku terus mengadu segala kesedihanku kepada Rabb ku, kerana aku tahu, dia Maha Mendengar, Maha Perancang, dan rancanganNya adalah rancangan yang terbaik buat hambanya, buat pertama kali dalam hidup aku yang penuh kejahilan aku menangis ketika teringat akan Rabb ku di penghujung solat ku untuk hari ini, aku terlalu takut, takut andai dosa yang pernah aku buat takkan dimaafi oleh Sang Pencipta kerana andai sepanjang 22thn beberapa bulan aku hidup, tak terkira oleh otak seberapa banyak dosa yang telah ku perbuat.

Ya Allah, tunjukkan aku jalan agar aku dapat bersama-sama orang-orang yang aku sayang di dalam SyurgaMu nan indah, berilah segala rahamtmu kepada kami Ya Allah, andai segala yang berlaku hari ini menjadi saksi bahawa aku lebih mengagungkan cintaMu, aku redha Ya Allah, dan andai dengan mencari cintaMu aku dibenci pun aku redha Ya Allah, dan andai cinta seorang hawa hilang dek kerana aku lebih mencintaiMu Ya Allah, aku redha Ya Allah, dan jadikan orang-orang yang aku sayang sentiasa mendapat tempat di sisi Mu Ya Allah walaupun aku jauh darinya. Ya Allah kuatkan diriku, agar aku dapat memberikan orang-orang disekelilingku penuh dengan cinta kepadaMu Ya Allah, berikanlah aku ilham yang terbaik agar masalah yang ku hadapi dapat aku jalani dengan tenang dan dipermudahkan jalan-jalan mencapai ketenangan itu.

Di malam yang hening ini, kerinduan aku kepada Abah dan Mamaku membuak-buak, tanpa aku sedari aku cakap mama, Along rindu kat mama dengan abah, mamaku macam tak percaya aku cakap macam tu sambil gelak-gelak dengan abahku, mak selalu cakap pada aku, "along ni kuat marah, kuat merajuk, paling nakal, tapi baik", mama aku cakap macam tu sekali lagi malam ni, walaupun sakit masalah ku belum hilang namun Alhamdulillah malam ni aku bisa tidur diselimuti senyuman berbekal sedikit ketenangan, terima kasih ma, I Love U.

Jadi, walaupun kesedihan aku tak hilang lagi, tapi ada beberapa perkara aku nak kongsi dengan sahabat-sahabat yang sudi baca karangan panjang lebar aku ni :
1) Mencari cinta Allah memerlukan iman yang kuat dan penuh dengan duri-duri, tetapi bila kita dapat terasa kemanisan cinta itu, kita tak sanggup nak kehilangannya.
2) Cintailah Allah lebih dari cinta manusia walau dalam keadaan apa sekalipun, walau anda akan dapat kesakitan seperti apa aku dapat sekarang, tetapi Allah sentiasa setia dan sentiasa mendengar walau sedikit dan simple permintaan dan masalah hamba-hambanya.
3) Andai ada masalah carilah mama anda, walau tanpa bercerita masalah anda, mama anda akan sentiasa memotivasikan anda.
4) Menangislah andai terlalu berat masalah anda, tetapi menangislah dalam solat-solatmu dan juga dalam doa-doamu, kerana disitu bakal membuat hatimu lebih tenang.
5) Walau orang itu benci pada ko, sama-samalah berharap agar sama-sama bertemu kembali di Syurga Allah.

Akhir kata, aku nak minta maaf kepada semua orang yang kenal aku, aku nak jumpa korang satu-satu tapi aku malu, banyak dosa-dosa aku pada korang. Harap korang boleh maafkan, biarlah korang nak kata aku tak gentlemen malu nak bagitahu kat korang, tapi apa yang aku harapkan korang boleh maafkan aku, dan aku minta maaf andai korang rasa meluat baca karangan aku kali ni kerana lebih kepada peribadi.

Tuesday, August 16, 2011

Mantapkan Solatmu wahai khalifah Allah.


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.